BYL Gems

Permata Q

Permata ini dari Fazrul

Elemen Q: Makin banyak belajar Quran, akan terbuang karat

Advertisements
Katalog Legasi

Projek Legasi: 20 Buku & Modul ke 50 Negara

Catatan ini dari Fazrul

Legasi jangka masa panjang beliau ialah : 20 buku dan Modul Membina Legasi berteraskan wahyu akan digunapakai min 50 negara

Untuk jangka masa setahun, saya ingin melatih 100 trainers dengan modul membina legasi berteraskan wahyu.

Apa yang beliau bayangkan? Saya membayangkan ramai akan memanfaatkan Quran secara praktikal dalam hidup

Mengapa beliau amat bersemangat pada perkara ini? Ia akan menjadi rujukan

Kejayaan beliau yang lepas ialah
1. Ceramah
2. WUI – RN
Rekod kejayaan ini boleh disemak di Boleh rujuk FB RN

Cabaran yang beliau hadapi dan perlukan bantuan ialah:
1.Dana
2.Pentadabbur
3.Network untuk capai lebih ramai

Harapan beliau : Semua di atas

Katalog Legasi

Projek Legasi: Taman Quran

Catatan ini dari Hayati

Legasi jangka masa panjang beliau ialah : Saya nak ada Taman Quran. Rumah2 yang diwakafkan untuk dijadikan klinik bagi sehatkan jiwa rohani dan bacaan Al Quran sebagai terapi. Juruterapinya pula adalah komuniti terpinggir seperti warga emas, anak yatim, gelandangan, ibu tunggal/remaja, etc.

Jadi kehidupan seharian warga Taman Quran adalah peluang infaq masa dan tenaga untuk bacaan Al Quran dan pengajian tadabbur Al Quran.

Untuk jangka masa setahun, Taman Quran adalah projek oleh Hayati

Apa yang beliau bayangkan? Saya ingin fokus bantu belia dan anak muda yang bakal menjadi pasangan suami/isteri/ayah/ibu/guru/pendidik/pengasuh untuk mendapat formula QSI (diambil dr program BYL juga) untuk dijadikan TOOL mencari solusi pada ujian kesulitan yang lazimnya dihadapi pasangan baru berkahwin dan baru menjadi penjaga amanah pada anak kecil.

7 tahun bermula dr alam rahim adalah usia kritikal perkembangan pesat anak anak. Mereka perlukan “biah” persekitaran yang holistik dan dalam afiyah Nya.

Apabila pasangan/pendidik melalui program yang tepat, in shaa Allah anak anak di bawah jagaan mereka ini dalam program grooming menjadi pemimpin berteraskan wahyu yang boleh dilihat daripada akhlak mereka dengan orang lain dan makhluk ciptaan Allah.

Saya ada aspirasi program fizikal seperti kursus pra-perkahwinan d
Mengapa beliau amat bersemangat pada perkara ini? Pain adalah melalui contoh pengalaman sendiri dan belajar melalui trial dan error, sesuatu yg saya ingin orang lain elakkan jika boleh in shaa Allah.

Gain pula rentetan saya sudah pon membuat kelas penjagaan prenatal dan persediaan kehamilan dan inisiasi penyusuan sunnah sejak 2013 sehingga kini di seluruh Malaysia. Ingin mencipta lagi ruang dan peluang untuk amal jariah ilmu bermanfaat dan bantu ibu ayah/pendidik/pengasuh untuk mencambah benih anak soleh.

Kejayaan beliau yang lepas ialah
Alhamdulillah saya sudah pon berkongsi pengalaman dengan media massa seperti program Nona, Wanita, dan media cetak seperti majalah Women’s Weekly, Pa&Ma, Utusan etc.

Saya telah berjaya membuat group group alumni sekitar Malaysia di Lembah Klang, Utara, Pantai Timur, Selatan dan Sabah.

Saya juga salah seorang ahli terapi holistik yang bergabung dengan ahli terapi luar negara yang membuat amal di Malaysia.
Rekod kejayaan ini boleh disemak di Page FB Kisah Kasih Doula Dolly.

Cabaran yang beliau hadapi dan perlukan bantuan ialah:
1.Penerimaan masyarakat yang masih kurang terdedah kerana kurang membaca, sikap konsumer kurang cakna atau tidak mengiktiraf apa yang benar berharga di sebalik agenda pemasaran puak kapitalis
2.Mengelakkan riba’ dan mencari yg toyyib
3.Sistem birokrasi yang rigid dan tebal sentimen kroni

Harapan beliau : Bantuan konsultasi, idea strategi pemasaran dan pemantapan isi/produk i.eg modul kursus/buku etc

Katalog Legasi

Projek Legasi: Program InfaQ Perigi Nusantara

Catatan ini dari Muhammad

Legasi jangka masa panjang beliau ialah : Program InfaQ Perigi Nusantara

Untuk jangka masa setahun, Program InfaQ Perigi Nusantara adalah projek oleh Muhammad

Apa yang beliau bayangkan? Mengumpul sebanyak 5 buah perigi yang mana harga per perigi adalah RM1500..akan dibahagikan kepada 10 bahagian RM150 per bahagian..tujuan nya adalah untuk memudahkan penduduk khusus nya masyarakat ISLAM khususnya di Selatan Filipina mendapatkan bekalan air yang bersih berserta penyelenggaraan..duit tersebut juga akan digunakan untuk pembangunan syiar Islam..
Mengapa beliau amat bersemangat pada perkara ini? Yakin yang boleh capai matlamat saya mengumpulkan RM7500 untuk dana infaQ perigi..
Pain: kurang yakin sebab masih kecil..banyak tentangan..
Gain: pernah dapat kumpul dana korban untuk dihantar ke luar negara..

Kejayaan beliau yang lepas ialah
Belum..ini kali pertama
Rekod kejayaan ini boleh disemak di FB: Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara

Cabaran yang beliau hadapi dan perlukan bantuan ialah:
1.Mendapat tentangan dari pelbagai pihak sebab mungkin kurang percaya
2.X
3.X

Harapan beliau : Program ini diperkenalkan kepada dunia luar khusus nya untuk sahabat setia BYL..sama membantu saya membina LEGACY saya..

BYL Gems

Permata Q

Permata ini dari Fahmi

Elemen Q: Quran adalah mukjizat yang Allah kurniakan pada kita tapi apakah kita betul2 hayati SOP yang Allah berikan ini? Marilah kita menjiwai Quran daripada berqiblatkan pandangan2 dari barat.